Thursday 21 August 2014

Kesimpulan :

      Statistik terbaru Bank Negara ( BNM ) menunjukkan bahawa industri takaful di Malaysia sedang mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan yang bukan sahaja terdiri daripada orang islam bahkan merangkumi juga masyarakat bukan muslim. Isu-isu yang dibangkitkan ini memerlukan tindakan dan penyelesaian segera demi memastikan industri takaful berkembang dengan pesat walaupun berada di dalam kerangka sistem kewangan konvensional yang bertapak di negara ini lebih dahulu selama 500 tahun berbanding dengan sistem kewangan Islam yang hanya bertapak kira-kira 20 tahun yang lalu.
            Dalam membincangkan insurans, saya berselisih pendapat dalam soal adakah insurans harus atau haram. Daripada penelitian esei ini, perbezaan pendapat di kalangan ulama’ dan fuqaha’ ini menguntungkan umat Islam apabila hasil daripada perbezaan pendapat ini timbul desakan supaya diwujudkan syarikat-syarikat insurans yang lebih berbentuk Islamik. Kemunculan takaful pada hakikatnya mendamaikan perbezaan pendapat yang wujud kerana takaful adalah seratus peratus aktiviti, perniagaan dan pengamalannya berlandaskan syariah. Kewujudan takaful juga memberi alternatif kepada umat Islam dalam memilih syarikat yang benar-benar berwibawa dan memenuhi tuntutan syarak.

Penutup : 

           Dalam masa sekarang, kini masa terbaik buat umat Islam diseluruh dunia untuk memperkukuh struktur dan produk kewangan Islam terutamanya dalam konteks takaful. Ini kerana sistem kewangan Islam terbukti mampu berfungsi secara efektif dan efisien seiring dengan sistem kewanga nkonvensional yang banyak .
            Menurut Pensyarah University of South Australia, Prof. Mervyn K. Lewi, beliau yakin sistem kewangan Islam mampu menembusi pasaran negara-negara bukan Islam kerana selain menawarkan potensi perniagaan yang besar, ia juga merupakan sistem kewangan kerohanian. Oleh itu, sistem itu boleh diguna pakai dinegara-negara bukan Islam kerana didapati menepati kehendak pasaran global. Ini kerana ia merupakan sistem kewangan berasaskan syariah yang menghalang amalan riba dan ia juga boleh membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara.
            Ia juga berpendapat pengabaian kepada sistem kewangan Islam menjadi punca terjerat kepada masalah krisis ekonomi di negara-negara yang mengamalkan system kewangan konvensional sepenuhnya khususnya negara-negara barat pada waktu ini. Manakala Malaysia yang mengamalkan dua sistem kewangan iaitu secara konvensional dan Islamik. Oleh itu, marilah kita berusaha sedaya upaya menjadikan ajaran Islam sebagai teras ekonomi negara dengan sama-sama mendokong produk kewangan Islam yang dilaksanakan sekarang. Kita juga perlu berusaha melemahkan produk kewangan Barat yang bertentangan dengan syariat Islam serta menjalankan misi untuk meningkatkan kefahaman masyarakat berkaitan keistimewaan sistem ekonomi Islam.

Jenis-jenis Takaful :

1. Takaful Pelaburan : 

Takaful berkaitan pelaburan adalah pelan takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful. Caruman insured akan memberi perlindungan takaful, termasuk manfaat kematian dan hilang upaya, dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan pilihan  yang dibenarkan oleh Syariah.

2. Takaful Perubatan Dan Kesihatan:

Takaful perubatan dan kesihatan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika insured didiagnosis menghidap penyakit tertentu atau terlibat dalam kemalangan. Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan kepada pelan takaful keluarga asas.

3. Takaful Kemalangan Diri:

Takaful Kemalangan Diri (KD) adalah pelan takaful tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan. Insured boleh menyertai takaful KD untuk diri sendiri atau pelan kumpulan untuk keluarga sendiri. Takaful KD juga boleh dibeli untuk jangka masa yang lebih pendek, seperti jika insured melancong ke luar negara, untuk melindungi insured sekiranya kemalangan berlaku sewaktu berada di luar negara.
       Walaupun perlindungan takaful KD merangkumi kemalangan yang berlaku di mana-mana tempat di dunia, 24 jam sehari, pelan asas KD masih mempunyai pengecualian. Walau bagaimanapun, dengan caruman tambahan, pemegang pelan boleh menambah perlindungan yang sebelum ini dikecualikan.

4.  Takaful Empunya Rumah:

Takaful empunya rumah memberikan perlindungan ke atas rumah kediaman insured terhadap kerugian atau kerosakan akibat bencana seperti banjir atau gempa bumi. Bukan sahaja melindungi rumah  tetapi juga merangkumi garaj, bangunan luar, dinding, pintu pagar dan pagar di sekeliling rumah serta lekapan dan lengkapan kekal.

Jenis-jenis Insurans :

1. Insurans Perubatan dan Kesihatan:

Insurans Perubatan dan Kesihatan (IPK) ialah satu polisi yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang memerlukan kos yang tinggi, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Polisi insurans ini juga menjamin pembiayaan sekiranya insured memerlukan rawatan kecemasan.

2. Insurans Perjalanan:

Insurans perjalanan lazimnya terhad kepada tempoh perjalanan insured. Walau bagaimanapun, sesetengah syarikat insurans menawarkan kombinasi beberapa perlindungan yang dapat memenuhi keperluan tertentu pengguna, termasuklah polisi tahunan jangka panjang untuk mereka yang sering melancong.

3. Insurans Hayat:

Membeli insurans hayat untuk diri sendiri atau mereka yang tersayang dapat membantu insured daripada segi kewangan ketika dalam kesusahan. Waris mereka layak menerima sejumlah wang daripada polisi insured  jika insured meninggal dunia. Insured juga boleh menerima pampasan ke atas sebarang kecacatan kekal yang menimpa insured.

4. Insurans Kemalangan:

Insurans Kemalangan Diri (KD) ialah polisi insurans tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian yang hanya berlaku disebabkan oleh kejadian yang bersifat ganas, tidak sengaja, luaran dan jelas kelihatan. Ianya merupakan polisi yang berbeza daripada insurans hayat dan insurans perubatan dan kesihatan. Anda boleh membeli insurans KD untuk diri anda sendiri atau polisi berkumpulan untuk keluarga anda. Polisi KD memberikan perlindungan insurans 24 jam di seluruh dunia.
    ii.     
Perbezaan Takaful dan Insurans :

TAKAFUL
INSURANS
o   Diibaratkan seperti Tabung Khairat Kematian Masjid atau Surau.
o   Di mana ahli memberikan sumbangan yang ditetapkan, untuk membantu ahli yang lain sekiranya berlaku kematian atau musibah.
o   Bezanya adalah komuniti ahli yang dan risiko yang lebih besar.
o   Menggunakan konsep Tabarru’at  (Derma bersyarat) -Setiap ahli membuat sumbangan mengikut risiko yang dipilih.
o   Setiap ahli juga menyumbang dengan niat untuk membantu orang ramai apabila berlaku musibah.
o   Syarikat takaful akan menggunakan wang yang disumbangkan ahli, untuk dilaburkan bagi mendapat keuntungan.
o   Keuntungan ini akan dibahagikan kepada peserta dan pengendali.
o   Keuntungan ini juga menanggung kos operasi syarikat takaful seperti eTiQa Takaful.
o   Diibaratkan seperti pemilik tabung.
o   Setiap bayaran akan menjadi hak milik syarikat.
o   Pihak insurans menggunakan konsep jual beli.
o   Di mana syarikat adalah penjual, dan pencarum adalah pembeli polisi.
o   Ia tidak sah kerana tidak menuhi rukun jual beli.
o   Ini salah satu faktor yang menjadikan insurans konvensional haram.
o   Selain daripada itu, kebanyakan insurans konvensional terlibat dengan aktiviti riba, maisir dan gharar.

Wednesday 20 August 2014

Takaful :

            Pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta  dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu samal lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan. Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:


"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".

Insurans :

          Satu kaedah iaitu satu kumpulan orang berikrar untuk mengumpul serta menggemblengkan usaha dan sumber bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tanggung-menanggung sesame mereka, jika ditakdirkan mana-mana di anatara mereka ditimpa musibah. Melalui pakatan ini orang yang dilanda mereka ditimpa musibah. Melalui pakatan ini orang yang dilanda malang itu akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya berupa sejumlah wang. Dengan adanya manfaat seumpama ini diharapkan apa-apa beban atau tanggungan yang terpaksa dipikul akibat penderitaan daripada musibah dapat diringankan.