Thursday 21 August 2014

Jenis-jenis Takaful :

1. Takaful Pelaburan : 

Takaful berkaitan pelaburan adalah pelan takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful. Caruman insured akan memberi perlindungan takaful, termasuk manfaat kematian dan hilang upaya, dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan pilihan  yang dibenarkan oleh Syariah.

2. Takaful Perubatan Dan Kesihatan:

Takaful perubatan dan kesihatan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika insured didiagnosis menghidap penyakit tertentu atau terlibat dalam kemalangan. Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan kepada pelan takaful keluarga asas.

3. Takaful Kemalangan Diri:

Takaful Kemalangan Diri (KD) adalah pelan takaful tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan. Insured boleh menyertai takaful KD untuk diri sendiri atau pelan kumpulan untuk keluarga sendiri. Takaful KD juga boleh dibeli untuk jangka masa yang lebih pendek, seperti jika insured melancong ke luar negara, untuk melindungi insured sekiranya kemalangan berlaku sewaktu berada di luar negara.
       Walaupun perlindungan takaful KD merangkumi kemalangan yang berlaku di mana-mana tempat di dunia, 24 jam sehari, pelan asas KD masih mempunyai pengecualian. Walau bagaimanapun, dengan caruman tambahan, pemegang pelan boleh menambah perlindungan yang sebelum ini dikecualikan.

4.  Takaful Empunya Rumah:

Takaful empunya rumah memberikan perlindungan ke atas rumah kediaman insured terhadap kerugian atau kerosakan akibat bencana seperti banjir atau gempa bumi. Bukan sahaja melindungi rumah  tetapi juga merangkumi garaj, bangunan luar, dinding, pintu pagar dan pagar di sekeliling rumah serta lekapan dan lengkapan kekal.

Jenis-jenis Insurans :

1. Insurans Perubatan dan Kesihatan:

Insurans Perubatan dan Kesihatan (IPK) ialah satu polisi yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang memerlukan kos yang tinggi, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Polisi insurans ini juga menjamin pembiayaan sekiranya insured memerlukan rawatan kecemasan.

2. Insurans Perjalanan:

Insurans perjalanan lazimnya terhad kepada tempoh perjalanan insured. Walau bagaimanapun, sesetengah syarikat insurans menawarkan kombinasi beberapa perlindungan yang dapat memenuhi keperluan tertentu pengguna, termasuklah polisi tahunan jangka panjang untuk mereka yang sering melancong.

3. Insurans Hayat:

Membeli insurans hayat untuk diri sendiri atau mereka yang tersayang dapat membantu insured daripada segi kewangan ketika dalam kesusahan. Waris mereka layak menerima sejumlah wang daripada polisi insured  jika insured meninggal dunia. Insured juga boleh menerima pampasan ke atas sebarang kecacatan kekal yang menimpa insured.

4. Insurans Kemalangan:

Insurans Kemalangan Diri (KD) ialah polisi insurans tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian yang hanya berlaku disebabkan oleh kejadian yang bersifat ganas, tidak sengaja, luaran dan jelas kelihatan. Ianya merupakan polisi yang berbeza daripada insurans hayat dan insurans perubatan dan kesihatan. Anda boleh membeli insurans KD untuk diri anda sendiri atau polisi berkumpulan untuk keluarga anda. Polisi KD memberikan perlindungan insurans 24 jam di seluruh dunia.
    ii.