Thursday 21 August 2014

Penutup : 

           Dalam masa sekarang, kini masa terbaik buat umat Islam diseluruh dunia untuk memperkukuh struktur dan produk kewangan Islam terutamanya dalam konteks takaful. Ini kerana sistem kewangan Islam terbukti mampu berfungsi secara efektif dan efisien seiring dengan sistem kewanga nkonvensional yang banyak .
            Menurut Pensyarah University of South Australia, Prof. Mervyn K. Lewi, beliau yakin sistem kewangan Islam mampu menembusi pasaran negara-negara bukan Islam kerana selain menawarkan potensi perniagaan yang besar, ia juga merupakan sistem kewangan kerohanian. Oleh itu, sistem itu boleh diguna pakai dinegara-negara bukan Islam kerana didapati menepati kehendak pasaran global. Ini kerana ia merupakan sistem kewangan berasaskan syariah yang menghalang amalan riba dan ia juga boleh membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara.
            Ia juga berpendapat pengabaian kepada sistem kewangan Islam menjadi punca terjerat kepada masalah krisis ekonomi di negara-negara yang mengamalkan system kewangan konvensional sepenuhnya khususnya negara-negara barat pada waktu ini. Manakala Malaysia yang mengamalkan dua sistem kewangan iaitu secara konvensional dan Islamik. Oleh itu, marilah kita berusaha sedaya upaya menjadikan ajaran Islam sebagai teras ekonomi negara dengan sama-sama mendokong produk kewangan Islam yang dilaksanakan sekarang. Kita juga perlu berusaha melemahkan produk kewangan Barat yang bertentangan dengan syariat Islam serta menjalankan misi untuk meningkatkan kefahaman masyarakat berkaitan keistimewaan sistem ekonomi Islam.