Thursday 21 August 2014

Kesimpulan :

      Statistik terbaru Bank Negara ( BNM ) menunjukkan bahawa industri takaful di Malaysia sedang mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan yang bukan sahaja terdiri daripada orang islam bahkan merangkumi juga masyarakat bukan muslim. Isu-isu yang dibangkitkan ini memerlukan tindakan dan penyelesaian segera demi memastikan industri takaful berkembang dengan pesat walaupun berada di dalam kerangka sistem kewangan konvensional yang bertapak di negara ini lebih dahulu selama 500 tahun berbanding dengan sistem kewangan Islam yang hanya bertapak kira-kira 20 tahun yang lalu.
            Dalam membincangkan insurans, saya berselisih pendapat dalam soal adakah insurans harus atau haram. Daripada penelitian esei ini, perbezaan pendapat di kalangan ulama’ dan fuqaha’ ini menguntungkan umat Islam apabila hasil daripada perbezaan pendapat ini timbul desakan supaya diwujudkan syarikat-syarikat insurans yang lebih berbentuk Islamik. Kemunculan takaful pada hakikatnya mendamaikan perbezaan pendapat yang wujud kerana takaful adalah seratus peratus aktiviti, perniagaan dan pengamalannya berlandaskan syariah. Kewujudan takaful juga memberi alternatif kepada umat Islam dalam memilih syarikat yang benar-benar berwibawa dan memenuhi tuntutan syarak.